Sunday, June 21, 2009

CIRI-CIRI ZAMAN GELAP





Pada zaman ini situasi Eropah adalah seperti berikut:-


~ mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran.

~Pentadbiran pusat yang berkesan tidak wujud pada zaman ini.

~Pada waktu yang sama dalam dunia Islam mengalami zaman kegemilangan.

:Dunia Islam sebagaimana yang terbukti pada zaman khulafa Al-rasyidin,Bani umaiyah,dan Bani Abbasiyah mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul.


:Dunia Eropah telah mengambil dan meniru banyak ilmu daripada dunia Islam bagi meningkatkan pencapaian masyarakat mereka.



;Apabila empayar Rom barat jatuh,maka, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah-wilayah yang musnah.


:Keadaan tidak stabil ini membawa kepada kemunculan golongan BARON(Tuan tanah)


:Dalam keadaan kehidupan yang tidak selamat itu,golongan petani terpaksa mencari perlindungan dari pada tuan tanah.


:Kaum petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah sebagai balasan mendapatkan perlindungan.


:Para petani yang tidak mampu membayar cukai terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.


:Para petani mendapatkan perlindungan daripada golongan tuan tanah manakala tuan tanah mendapatkan perlindungan daripada golongan raja.


:Sebagai balasan,golongan tuanm tanah perlu memberikan perhikmatan atau membayar cukai kepada raja


:Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja menjadi asas kepada pembentukan SISTEM FEUDAL di Eropah

>SISTEM FEUDAL

Golongan raja menjadi golongan penaung utama dalam sesebuah negara

Raja mempunyai golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak istana

Golongan pembesar akan memberikan perhikmatan kepada pihak raja

Rakyat turut memberikan perhikmatan kepada golongan tuan tanah
Dalam masyarakat feudal kita,terdapat juga rakyat yang tergolong kepada golongan hamba


:Pada Zaman Pertengahan di Eropah,Gereja katolik adalah institusi yang sangat berkuasa dan banyak memiliki hartanah


:Gereja katolik memberikan tumpuan kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja.


:Gereja sering dianggap mengongkong kehidupan masysrakat Eropah


:Pada zaman ini,aktiviti perdagangan tidak dijalankan secara meluas


:Perdagangan di perairan pantai utara dan barat mengalami ganguan kerana serangan orang gasar seperti VIKING dan MAGYAR


:Viking adalah suku kaum daripada Norway,Sweden dan Denmark


:Magyar pula ialah suku kaum yang terbesar di Hungary dan lahir daripada campuran antara suku kaum Urgila Dengan Turki.


:Orang Eropah tidak dapat berdagangan ke timur jauh kerana kawasan Mediterranean pada masa itu di kuwasai oleh orang Islam


:Orang Eropah tidak mampu menyaingi penguasaan perdagangan oleh orang Islam


:Oleh hal yang demikian,mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian


:Perniagaan barangan pertanian dijalankan menerusi sistem tukaran barang karana mata wang yang terdapat dalam pasaran pada masa itu sangat terhad


:Zaman peraliahan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance dikenal sabagai Zaman Kemuncak Pertengahan


:Pada zaman ini,gereja mula memainkan peranan sebagai intitusi yang universal serta menjadi agen penyatuan


:Pada masa ini berlaku perubahan ekonomi yang ketara kerana:
>pertambahan penduduk
>peningkatan aktiviti pertanian
>kemunculan perdagangan


:Keadaan tersebut telah membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Venice,Milan, dan Florence


:Perkembangan bandar membawa kepada kelahiran kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan,pedagang,dan ahli perbankan


:Keadaan baru ini menjadikan status sosial seseorang itu tidak lagi berdasarka pemilikan tanah tetapi kekayaan


:Perubahan politik juga berlaku dimana rakyat mula terlibat dalam kegiatan atau urusan politik

:Penglibatan rakyat berlaku menerusi intitusi seperti parlimen yang ditubuhkan bagi memenuhi tuntutan rakyat


:Keadaan ini telah memberikan hak politik kepada rakyat dan menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

Friday, June 19, 2009

ZAMAN GELAP DAN CIRI-CIRINYA




Zaman Gelap merujuk kepada satu tempoh yang panjang,iaitu kira-kira enam abad lamanya bermula dari abad ke 5 - 11 M. Ia merupakan bahagian awal Zaman Pertengahan dalam sejarah perkembangan tamadun Eropah. Istilah Zaman Gelap digunakan oleh sejarawan dalam zaman moden atau abad ke-16bsebagai satu cara untuk mengkritik Zaman Pertengahan kerana mereka menganggap zaman tersebut tidak memberi manfaat kepada kehidupan manusia.Zaman Gelap dikritik kerana kehidupan masyarakat Eropah pada masa tersebut sangat terkongkong,tidak wujud kebebasan, kemerosotan ilmu pengatahuan,tidak wujud pentadbirn pusat yang berkesan,sistem feudal mengambil alih tempat sistem pemerintahan pusat,gereja mengongkong kehidupan manusia dengan ajaran kristian,tidak mementingkan kemajuan hidup di dunia,fokus kehidupan kepada memberi ilmu pengatahuan agama dan berkait rapat dengan alam akhirat,serta kemerosotan kehidupan di bandar.Para sejarawan moden berpendapat tahap perkembangan tamadun Eropah dalam tempoh tersebut amat rendah sedangkan pada masa yang sama,tamadun Islam telah mencapai tahap kemuncak kegemilangan,iaitu pada zaman Umaiyah dan Abbasiyah di Andalussia dalam semua aspek sama ada politik,ekonomi,dan sosial.Kemunduran masyarakat Eropah pada masa itu menyebabkan dunia Eropah menimba banyak ilmu pengatahuan daripada dunia islam dalam usaha untuk memperbaiki kemunduran hidup mereka.Zaman Gelap di Eropah dibuktikan dengan keburukan dan kekacauan dan tidak membawa sebarang harapan kepada kehidupan di dunia ini, sering berperang dan tidak bersatu padu,dan sentiasa terdedah terhadap serangan orang Viking,Magyar,dan orang Islam.

PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH

Eropah telah mengalami zaman kegemilangan dan kemajuan yang pesat semasa tamadun Yunani dan Rom.Kegemilangan kedua-dua tamadun tersebut telah berjaya memberi banyak sumbangan kepada peradapan manusia.Tetapi keruntuhan zaman keagungan Eropah dan bermulanya Zaman Pertengahan.Zaman Pertengahan dapat dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

(a) Peringkat awal (350 - 1050 M.)

(b) Peringkat kemuncak (1050 - 1300 M. )

(C) peringkat akhir (1300 - 1450 M.)

Zaman Pertengahan bermula dengan keruntuhan tamadun Rom yang dikenali sebagai ZAMAN GELAP(Dark Ages).Zaman Pertengahan penting kerana telah menyediakan dimensi baru bagi perubahan yang lebih besar kepada masyarakat dan budaya Eropah.Pada peringkat akhir Zaman Pertengahan ,muncul pula Zaman Renaissance (1300 -1650 M.) yang memperlihatkan kegiatan penjelajahan dan penerokan di samping perkembangan ilmu pengatahuan dan penyebaran pengaruh Barat kepada dunia luar.Pengaruh barat diteruskan pada Revolusi Perindustrian dan imperialisme.