Sunday, June 21, 2009

CIRI-CIRI ZAMAN GELAP





Pada zaman ini situasi Eropah adalah seperti berikut:-


~ mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran.

~Pentadbiran pusat yang berkesan tidak wujud pada zaman ini.

~Pada waktu yang sama dalam dunia Islam mengalami zaman kegemilangan.

:Dunia Islam sebagaimana yang terbukti pada zaman khulafa Al-rasyidin,Bani umaiyah,dan Bani Abbasiyah mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul.


:Dunia Eropah telah mengambil dan meniru banyak ilmu daripada dunia Islam bagi meningkatkan pencapaian masyarakat mereka.



;Apabila empayar Rom barat jatuh,maka, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah-wilayah yang musnah.


:Keadaan tidak stabil ini membawa kepada kemunculan golongan BARON(Tuan tanah)


:Dalam keadaan kehidupan yang tidak selamat itu,golongan petani terpaksa mencari perlindungan dari pada tuan tanah.


:Kaum petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah sebagai balasan mendapatkan perlindungan.


:Para petani yang tidak mampu membayar cukai terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.


:Para petani mendapatkan perlindungan daripada golongan tuan tanah manakala tuan tanah mendapatkan perlindungan daripada golongan raja.


:Sebagai balasan,golongan tuanm tanah perlu memberikan perhikmatan atau membayar cukai kepada raja


:Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja menjadi asas kepada pembentukan SISTEM FEUDAL di Eropah

>SISTEM FEUDAL

Golongan raja menjadi golongan penaung utama dalam sesebuah negara

Raja mempunyai golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak istana

Golongan pembesar akan memberikan perhikmatan kepada pihak raja

Rakyat turut memberikan perhikmatan kepada golongan tuan tanah
Dalam masyarakat feudal kita,terdapat juga rakyat yang tergolong kepada golongan hamba


:Pada Zaman Pertengahan di Eropah,Gereja katolik adalah institusi yang sangat berkuasa dan banyak memiliki hartanah


:Gereja katolik memberikan tumpuan kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja.


:Gereja sering dianggap mengongkong kehidupan masysrakat Eropah


:Pada zaman ini,aktiviti perdagangan tidak dijalankan secara meluas


:Perdagangan di perairan pantai utara dan barat mengalami ganguan kerana serangan orang gasar seperti VIKING dan MAGYAR


:Viking adalah suku kaum daripada Norway,Sweden dan Denmark


:Magyar pula ialah suku kaum yang terbesar di Hungary dan lahir daripada campuran antara suku kaum Urgila Dengan Turki.


:Orang Eropah tidak dapat berdagangan ke timur jauh kerana kawasan Mediterranean pada masa itu di kuwasai oleh orang Islam


:Orang Eropah tidak mampu menyaingi penguasaan perdagangan oleh orang Islam


:Oleh hal yang demikian,mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian


:Perniagaan barangan pertanian dijalankan menerusi sistem tukaran barang karana mata wang yang terdapat dalam pasaran pada masa itu sangat terhad


:Zaman peraliahan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance dikenal sabagai Zaman Kemuncak Pertengahan


:Pada zaman ini,gereja mula memainkan peranan sebagai intitusi yang universal serta menjadi agen penyatuan


:Pada masa ini berlaku perubahan ekonomi yang ketara kerana:
>pertambahan penduduk
>peningkatan aktiviti pertanian
>kemunculan perdagangan


:Keadaan tersebut telah membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Venice,Milan, dan Florence


:Perkembangan bandar membawa kepada kelahiran kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan,pedagang,dan ahli perbankan


:Keadaan baru ini menjadikan status sosial seseorang itu tidak lagi berdasarka pemilikan tanah tetapi kekayaan


:Perubahan politik juga berlaku dimana rakyat mula terlibat dalam kegiatan atau urusan politik

:Penglibatan rakyat berlaku menerusi intitusi seperti parlimen yang ditubuhkan bagi memenuhi tuntutan rakyat


:Keadaan ini telah memberikan hak politik kepada rakyat dan menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

No comments:

Post a Comment