Friday, June 19, 2009

ZAMAN GELAP DAN CIRI-CIRINYA




Zaman Gelap merujuk kepada satu tempoh yang panjang,iaitu kira-kira enam abad lamanya bermula dari abad ke 5 - 11 M. Ia merupakan bahagian awal Zaman Pertengahan dalam sejarah perkembangan tamadun Eropah. Istilah Zaman Gelap digunakan oleh sejarawan dalam zaman moden atau abad ke-16bsebagai satu cara untuk mengkritik Zaman Pertengahan kerana mereka menganggap zaman tersebut tidak memberi manfaat kepada kehidupan manusia.Zaman Gelap dikritik kerana kehidupan masyarakat Eropah pada masa tersebut sangat terkongkong,tidak wujud kebebasan, kemerosotan ilmu pengatahuan,tidak wujud pentadbirn pusat yang berkesan,sistem feudal mengambil alih tempat sistem pemerintahan pusat,gereja mengongkong kehidupan manusia dengan ajaran kristian,tidak mementingkan kemajuan hidup di dunia,fokus kehidupan kepada memberi ilmu pengatahuan agama dan berkait rapat dengan alam akhirat,serta kemerosotan kehidupan di bandar.Para sejarawan moden berpendapat tahap perkembangan tamadun Eropah dalam tempoh tersebut amat rendah sedangkan pada masa yang sama,tamadun Islam telah mencapai tahap kemuncak kegemilangan,iaitu pada zaman Umaiyah dan Abbasiyah di Andalussia dalam semua aspek sama ada politik,ekonomi,dan sosial.Kemunduran masyarakat Eropah pada masa itu menyebabkan dunia Eropah menimba banyak ilmu pengatahuan daripada dunia islam dalam usaha untuk memperbaiki kemunduran hidup mereka.Zaman Gelap di Eropah dibuktikan dengan keburukan dan kekacauan dan tidak membawa sebarang harapan kepada kehidupan di dunia ini, sering berperang dan tidak bersatu padu,dan sentiasa terdedah terhadap serangan orang Viking,Magyar,dan orang Islam.

No comments:

Post a Comment